Program Khas Merdeka & Hari Malaysia telah diadakan pada 7 September 2025 (Ahad) bertempat di NADI Kampung Lubok Punggor. Seramai 39 pengunjung telah hadir bagi memeriahkan program ini.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak berumur 5–7 tahun, 8–10 tahun serta kategori warga emas berumur 50 tahun ke atas. Selain itu, turut diadakan Kuiz Kemerdekaan, Pertandingan Mahir Masak (Membuat Sandwic) untuk kanak-kanak berumur 10–12 tahun yang melibatkan 3 orang peserta, tayangan ulangan sambutan Hari Kemerdekaan 2025, tayangan video patriotik, serta saringan kesihatan percuma.
Program ini telah berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kesihatan.







