NADI Kampung Lubok Punggor

Sipitang, Sabah | 15 Oktober 2025 – MCMC melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) hari ini melancarkan NADI on Wheels (NOW) peringkat Negeri Sabah bersempena Hari Bersama Komuniti (HBK) di NADI Pekan Sindumin, Sipitang.

Majlis peluncuran disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil, sebagai simbol komitmen kerajaan memperluas keterhubungan dan memperkasakan komuniti luar bandar agar tidak tercicir daripada arus kemajuan negara.

NOW merupakan pusat bergerak yang direka untuk membawa kemudahan teknologi dan perkhidmatan berasaskan komuniti terus kepada rakyat. Dilengkapi dengan satelit Starlink, tenaga solar mudah alih, komputer riba, tablet, projektor dan Wi-Fi percuma, NOW membolehkan aktiviti latihan, pembelajaran komuniti serta program Perkhidmatan Pintar NADI dijalankan di mana-mana sahaja.

Inisiatif ini turut akan menyantuni rumah anak yatim, OKU, masyarakat Orang Asli serta komuniti terpencil yang sukar dicapai agar mereka juga dapat menikmati kemajuan teknologi dan tidak ketinggalan dalam era digital.

HBK NADI Sindumin turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pameran dan jualan usahawan NADI, program Kempen Internet Selamat, pemeriksaan kesihatan percuma serta kerjasama strategik bersama agensi seperti PERKESO, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) #NADIMCMC #HBKNADIPekanSindumin #NADIonWheels #NADISabah

IG: https://www.instagram.com/p/DP0eGmsj3B9/?igsh=a2hpM2Q1OXIxaXhh

FB: https://www.facebook.com/share/p/16ZZfmCqCi/?mibextid=wwXIfr